Showing posts with label Alaf 21. Show all posts
Showing posts with label Alaf 21. Show all posts

Monday, 18 July 2011

NOVEL #10 ; JAUH




TAJUK: Jauh
OLEH: Aisya Sofea
HARGA: RM10.00 (TERMASUK POSTAGE)

STATUS: AVAILABLE

**berminat? sila tinggalkan email di ruangan komen dan kami akan menghubungi anda secara personal! 

NOVEL #9 ; PERGILAH SEPI


SINOPSIS:

Andai bukan jodoh suatu ketentuan, pasti Afiqah mampu menolak kehadiran Syafiq dalam hidupnya. Apatah lagi, perkahwinan bagaikan satu pelarian bila terjadinya peristiwa yang mengaibkan.

Terlalu payah bagi Afiqah untuk meminggirkan segala kekecewaan dan menerima begitu sahaja apa yang ditakdirkan. Tanpa sekelumit rasa kasih terhadap Syafiq, bagaimanalah Afiqah mampu menutup kehambaran dan mencipta kebahagiaan.

Menyedari kesilapan diri, Syafiq cuba sedaya-upaya untuk mencorak kehidupan barunya. Meski sukar untuk menembusi benteng kemarahan Afiqahnamun jauh di sudut hati, Syafiq mohon akan sampai ketikanya Afiqah mengerti kemurnian kasihnya. Hakikat hatinya tidak dapat dibohongi bahawa Afiqah adalah cinta pandang pertamanya.

Kata orang... kita akan rasa kehilangan apabila orang yang dibenci telah jauh dari mata. Sayangnya kesedaran itu terlewat hadir dan hanya menambah luka di hati. Di manakah silapnya? Syafiqkah yang telah berubah atau Afiqahkah puncanya? Tertutupkah pintu kemaafan di antara mereka hanya kerana saling curiga dan salah sangka?

PERGILAH SEPI... menjawab segala persoalan betapa bila kegirangan singgah di hati, kesepian terus berlalu pergi.



TAJUK: Pergilah sepi
OLEH: Fauziah Ashari
HARGA: RM10.00 (TERMASUK POSTAGE)

STATUS: SOLD TO FARAHANA



NOVEL #8 ; BICARA HATI


SINOPSIS:

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syhran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya yang menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai.

Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelakkan dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu.

Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dlm rumah tangganya.

Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.



TAJUK: Bicara Hati
OLEH: Damya Hanna
HARGA: RM12.00 (TERMASUK POSTAGE)

STATUS: SOLD TO FARAHANA



Tuesday, 12 July 2011

NOVEL #7 ; MANISNYA CINTA




SINOPSIS;

Apakah nilai sebuah cinta bagi seorang gadis berlesung pipit bernama Ifti Liyana?

Sejak bertahun-tahun, sayangnya pada Fredo tidak pernah melimpah. Nalurinya sentiasa menidakkan, benarkah mereka bercinta? Akhirnya mereka kian jauh dan lelaki itu membawa haluan sendiri. Dia sendiri pasrah!

Namun, pandang pertamanya dengan Nazmi, memutikkan perasaan yag aneh. Lelaki itu yang sekejap ada dan hilang seperti menyeru-nyeru semangatnya. Dirinya ibarat mengejar bayang-bayang. Namun, keegoan sering kali menepis kata hatinya. Tetapi bagaimana dengan rindu yang sarat ini?

Berbolak-balik rasa hatinya.Antara keinginan untuk menyayangi dengan rasa pesimis terhadap kejujuran seorang lelaki. Dalam benci ada rindu, dalam sayang dia jadi keliru, apakah Nazmi benar-benar setia pada yang satu?

Ah... sukarnya melafazkan kata maaf bila prasangka hampir meleburkan sebuah impian. Ifti Liyana akhirnya akur, cemburu buta dan hipokrit bukanlah sifat terpuji. Dia mengakui, Nazmi lelaki sejati yang diimpikan selama ini.




TAJUK: Manisnya Cinta
OLEH: Anis Ayuni
HARGA: RM15.00 (TERMASUK POSTAGE)

STATUS: SOLD TO ZAINAB



Sunday, 10 July 2011

NOVEL #5; BAGAIKAN PUTERI



SINOPSIS:

Haryani dan Laksamana Sunan...saling jatuh cinta. Pertemuan kedua insan ini dalam satu dimensi di luar batas jangkauan manusia, malah sukar diterima lojik akal. Mereka dari zaman yang berbeza.


Haryani terperangkap dalam perkelahian antara kebaikan dan kebatilan manusia. Perjalanan yang panjang, penuh ranjau dan cabaran membuatkan Haryani dan Saifudin mendiamkan sahaja cinta yang terpendam.


Dani...pertama kali melihat Haryani yang terlantar koma di hospital terus jatuh hati. Dia berusaha membawa Haryani kembali semula ke abad 21.


Antara dua lelaki, Haryani terpaksa membuat pilihan. Antara dua nyawa dalam jasadnya; sama ada tinggal bersama Laksamana Sunan pada penghujung kurun ke 15 atau kembali semula ke abad 21. Tiada dua kehidupan dalam zaman yang berlainan. Salah satu kehidupan itu mesti mati!


TAJUK: Bagaikan Puteri
OLEH: Ramlee Awang Murshid
HARGA: RM16.00 (TERMASUK POSTAGE)

STATUS: RESERVED TO AINUN FARIHAH



NOVEL #3; SAAT CINTA BERSEMI




SINOPSIS :


Benar, tiada siapa yang mengharap derita sepanjang hidupnya. Begitu jua dengan Nur Dhuha yang tidak pernah mengimpikan duka.

Syamir...walau kewujudan semula lelaki itu tidak pernah dimahukan sama sekali, dia tetap tega memburu Nur Dhuha. Dendamnya begitu mendalam walau episod duka sudah berlalu bertahun lamanya. Dia masih belum puas menyeksa hidup si gadis.

Nur Dhuha...didera mental dan fizikal seolah tidak layak menikmati hidup. Walau derita, jauh di sudut hati, dia tetap mendambakan kasih dan sayang. Bencinya pada Syamir hanya di bibir. Luka yang dicipta Syamir berulang kali dirawat sendiri sehingga sabarnya mencapai kemuncak dan akhirnya cuba membebaskan diri demi kebahagian hakiki.

Kehilangan Nur Dhuha meragut keegoan Syamir. Benarlah kata orang, betapa pentingnya seseorang itu hanya dapat dirasai apabila kita kehilangannya. Hari demi hari,Syamir mula mengesan perubahan diri. Tatkala hampir kehilangan gadis itu, perlahan-lahan cintanya datang bersemi..

TAJUK: Saat Cinta Bersemi
OLEH: Damya Hanna
HARGA: RM15.00 (TERMASUK POSTAGE)

STATUS: SOLD TO FARAHANA




NOVEL #2; DEKAT DI HATI





SINOPSIS :




 Tujuh belas tahun yang lalu, hati Johan bagai dihiris sembilu setiap kali mendengar sindiran saudara-maranya hanya kerana dia bukan pegawai besar. Sekian lama menahan sabar, akhirnya dia membuat keputusan setelah puas berishtikharah. Dengan linangan air mata, isteri dan anak-anak ditinggalkan. Sebagai lelaki sejati, dia harus pergi untuk memperbaiki kehidupan mereka sekeluarga.

Masa silih berganti, Johan pulang untuk menggalang janjinya kepada Noraini, Izuddin dan Izatti. Malangnya, harapan tidak semudah yang dilafazkan. Pemergiannya dulu dianggap sebagai lelaki pengecut! Apatah lagi tindakan melulunya dulu menceraikan Noraini yang setia, ibarat melepaskan satu tanggungjawab.


Dalam diam, Johan cuba memenangi hati Izuddin dan Izatti yang menganggapnya sebagai ayah yang culas. 

Hasratnya mahu menyatukan mereka dalam sebuah keluarga. Dan dia mahu Noraini kembali ke pangkuannya untuk membina semula kehidupan mereka.





TAJUK: Dekat di Hati
OLEH: Eyman Hykal
HARGA: RM14.00 (TERMASUK POSTAGE)

STATUS: SOLD TO SULAIHA







NOVEL #1; JANJI KASIH




SINOPSIS:


Bahagia bagaikan sebutir berlian yang terjatuh ke laut. Dan laut itu pula penuh dengan tipu muslihat…ke dasar mana hendak digapai? Ia sama juga dengan tragedi Saliwati di tangkap khalwat di bilik profesornya.
Perkahwinan yang berkecai di tengah perjalanan usia ke hari tua antara emak dan bapanya menimbulkan tragedi. Emaknya bernikah dengan lelaki yang jauh lebih muda usianya. Lalu Saliwati terperangkap insiden dicabul bapa tirinya yang bagai singa Afrika mahu menerkam mangsanya.

Zahim kekasih lamanya yang baik budi dan prihatin, berdepan dengan dilema apabila isterinya menyuruh berpoligami. Pekerti santun Saliwati telah menjadi galang ganti antara rimbun kasih mereka suami isteri. Di matanya ada cinta, dihatinya ada setia. Namun Huzairi yang kematian bapa angkara Tsunami terlebih dahulu telah mengumpan cinta Saliwati.


TAJUK: Janji Kasih
OLEH: Sri Diah
HARGA: RM15.00 (TERMASUK POSTAGE)

STATUS: SOLD TO SULAIHA