Harga yang ditawarkan sangatlah murah dan berpatutan, and the great thing is korang still can nego the price with the purchase of more than 2 books!
Susah taw nak dapat peluang ni so cepat-cepat grab while stock last ya!
TITLE : HSM #4 CRUNCH TIME
WRITER : N.B GRACE
PRICE: RM11 (including postage)
SYNOPSIS:
The students of East High are preparing for the SATs, and Gabriella has the unfortunate honor of tutoring Sharpay - who shines much more brightly onstage than she does on her practice tests. Luckily, the school's upcoming Halloween Festival is taking everyone's mind off the SAT crunch. This year's theme is Future Fantasy, and the students will wear costumes that represent what they would like to be someday. Gabriella and Troy are both wondering what kind of future the other foresees, but they'll have to wait until the party to find out. Will their visions match up? Or do the two of them have different ideas about where they're headed?
TITLE : HSM #10 TURN UP THE HEAT
WRITER : N.B GRACE
PRICE: RM11 (including postage)
SYNOPSIS:
The Baking Channel has come to Albuquerque for a televised cake-making challenge. East High and West High each get to enter a team of students to compete, and of course the Wildcats have the edge with resident baker Zeke directing the team! Troy, Gabriella, Taylor, Sharpay, Ryan, and Chad all pitch in to help, but practice sessions in Home Ec foreshadow disaster. Will Zeke and his friends bake their way to the top? Or will they find out that too many cooks can topple a cake?
TAJUK : AKU MAHU KAMU
PENULIS : ALEEYA ANEESA
HARGA: RM16 (including postage)
STATUS : SOLD TO ASYIQIN
SINOPSIS:
Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.
Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.
Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.
Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad.
Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri. Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.
Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.
TAJUK : DEAR YAYAH SEJUKNYA EAU CLAIRE PENULIS : FARIHAH ISKANDAR HARGA: RM13 (including postage) STATUS : SOLD |
TAJUK : DUNIA INI SEDERHANA KECIL
PENULIS : BAHRUDDIN BEKRI
HARGA: RM18 (including postage)
SINOPSIS:
Perhentian bas bukannya apa-apa. Tempat persinggahan sebelum masing-masing menuju ke lokasi berbeza. Di perhentian bas itu, mereka bertemu. Lelaki muka berminyak. Lelaki gempal yang bermain gitar. Perempuan manis berlesung pipit. Perempuan pemalu bercermin mata. Perempuan garang yang memakai sepit rambut beruang berwarna merah jambu. Kucing yang tidak diketahui siapa tuannya. Pakcik penggemar burung. Tanpa dirancang, terjadi cerita menarik antara mereka.
"Aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. Orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."
TAJUK : DEAR YAYAH THE COMICS
PENULIS : FARIHAH ISKANDAR & ARD ONE
HARGA: RM5
SINOPSIS:
Komik ni adalah prekuel kepada novel popular Dear Yayah.
Yayah menerima tawaran melanjutkan pelajaran tingakatan satu di sekolah berasrama. Pada mulanya Yayah tidak bersemangat kerana terpaksa berjauhan dengan keluarga. Namun, perasaan itu berubah sebaik sahaja Yayah berkenalan dengan rakan-rakan baru. Di sinilah permulaan Yayah dan rakan-rakan menempuhi pengalaman menarik sebagai pelajar sekolah berasrama
TAJUK : ODISI BULAN BIRU
PENULIS : JOHN NORAFIZAN
HARGA: RM16 (including postage)
SINOPSIS:
JOHN NORAFIZAN kembali membawa anda mengembara bersamanya meneroka keindahan bumi Jepun dan Turki.
Kata ibu, zaman dulu hanya perawan-perawan sahaja yang dibenarkan memetik bunga-bunga saf. Sekiranya jari mereka terluka, darah merah sang perawan akan menyerap masuk ke kelopak bunga kuning itu. Kononnya, darah inilah yang membuatkan kelopak-kelopak bunga saf bertukar merah apabila dijemur dan dikeringkan nanti! Kini ibu tiada lagi untuk bercerita.
Ibu dan adiknya yang cacat mati lemas di Sungai Sorachi. Sedih dan sesal membalutinya sepanjang waktu. Mujurlah pertemuan dengan seorang darwis yang bijaksana mengubah seluruh hidupnya. Pertemuan yang memulakan sebuah pengembaraan mencari ayah yang bersedih, sekali gus dirinya sendiri. Dapatkah dia menemui apa yang dicarinya itu?
Sebuah roman pengembaraan dalam bentur keras hakikat kehidupan disulami iri dan dendam: antara ‘sang pencari’ dan ‘yang mencari’.
Ringkasan dari saya:
Kisah nya agak berbelit-belit. Bermula dengan cerita saya(Akira) yang bermusuhan dengan adiknya Umazaki, hinggakan adiknya terbunuh didalam Sungai Sorachi bersama-sama ibunya. Akira menyesal dan hampir-hampir membunuh diri, tapi berjaya diselamatkan oleh seorang penghuni hutan dipanggil 'darwis'. (Yamata). Yamata yang mempunyai amalan-amalan kuat sebagai seorang muslim sejati dan merawatnya sehingga sembuh dan menginsafkan diri Akira lalu dia bertaubat. Apabila pulang ke rumah, didapati sudah tiada siapa lagi disitu, malah bapanya juga sudah tiada dirumah dan Akira berjanji pada dirinya untuk mencari ayahnya sehingga berjumpa.
Dalam perjalanan mencari ayahnya, pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi. Pertama sekali berjumpa dengan pakar psikologi, Dr Ayumi. Dari sini dia menjadi subjek ujikaji buat Dr Ayumi pagi penyakit synesthesia = boleh melihat bunyi2 dalam bentuk warna-warni. Akira yang beragama islam dan sentiasa solat, telah diasak dengan pertanyaan oleh adik Ayumi tentang nama tuhan. Akibat pertelagahan tersebut, Adik Ayumi (Kafka) melarikan diri ke Turki. Bermulalah pengembaraan mereka berdua (Dr Ayumi dan Akira) yang penuh dengan kesukaran dan keajaiban. Bertemu dengan seorang budak hafiz yang buta tetapi tidak buta hati, yang menunjukkan jalan didalam gua yang gelap ketika menjejaki Kafka. Bertemu pula dengan Kafka yang sedang koma akibat diracun oleh seorang Turki yang mengganggap Kafka pencuri kitab sesat. Bergaduh dan bergelut didalam gempa bumi di bawah tanah dilorong gelap dan bergua.
Kafka dijumpai, tetapi Dr Ayumi pula di culik. Mereka pulang semula ke Jepun demi menjejak Dr Ayumi dan kekurangan wang. Kebetulan pula terjumpa semula dengan Qistina yang mempunyai penyakit ingatan hilang dalam tempoh sehari. Rupa2nya Qistina juga mempunyai kaitan dengan mereka. Professor Nakamura yang mendendami Dr Ayumi merupakan kunci kepada segala permasalahan.
TAJUK : ROS OKTOBER
PENULIS : IDA MUNIRA
HARGA: RM10 (including postage)
STATUS : SOLD TO SYAHIRAH
Shaira meminati Azman dalam diam. Namun begitu, dia cuba menafikannya kerana dia rasa rendah diri dengan Azman. Tetapi tiba-tiba sahaja Shaira terpaksa meninggalkan Kolej Generasi kerana mendapat tawaran belajar ke UITM. Bagaimanakah hubungan mereka yang baru terjalin itu?
TAJUK : TAK BISA MEMILIHMU
PENULIS : AIN MAISARAH
HARGA: RM15 (including postage)
STATUS : SOLD
Adi merupakan seorang buruh kasar di Indonesia. Kais pagi makan pagi, kais petang makan esok hari. Tidak pernah sekali dia berasa hidup senang. Tetapi apa yang lebih penting adalah hatinya senang. Senang dengan kehadiran seorang gadis bernama Dewi yang sentiasa menyinari hari-hari gelapnya umpama lampu suluh berbateri penuh.
Dewi penguat semangat, pengarang jantung dan pendorong hidup. Hanya Dewi yang mengetahui, budak kampung seperti Adi menyimpan cita-cita besar. Adi mahu jadi penyanyi. Namun berkali-kali menyertai ujibakat, hanya gagal yang ditemui.
Cuba punya cuba, nasib menyebelahi Adi akhirnya. Dia dipilih sebagai penyanyi utama kumpulan baru di Malaysia. DI MALAYSIA??? Ketika itu Adi berbelah bahagi. Meneruskan cita-citanya bererti meninggalkan Dewi si permata hati. Menolak tawaran itu pula seperti menyepak kasar tuah yang datang bergolek di kaki. Dewi rela membenarkan Adi jauh darinya. Adi pula dalam penuh terpaksa menjadi pendatang halal ke Malaysia.
Bermulalah kisah hidup Adi yang baru. Diubah penampilan. Dipaksa bergaya cara popular. Dikerumuni peminat. Dilimpahi sinaran cahaya kamera. Digilai ramai perempuan di luar sana. Mungkinkah Adi jadi lupa diri? Paling penting...mungkinkah Adi melupakan Dewi?
Dewi pula? Sampai bila dia harus menunggu? Sampai bila dia harus terus bersabar dengan segala gosip liar yang mendera telinga itu?
Adi juga punya persoalan besar yang bermain dalam hati. Kehadiran Sally anak pemilik syarikat muzik Rumpun Records itu terlalu banyak membantu. Adi jadi keliru. Dia harus membuat pilihan. Adakah pilihannya nanti bersandarkan pada kareer, nama, atau cinta?
Tak cukup dengan masalah pilihan hati, Adi dikejutkan dengan tindakan Pengurus Muzik bernama Encik Fuad yang busuk hati. Ada sahaja strategi Encik Fuad itu mahu menyingkirkan Adi. Encik Fuad juga ada agenda tersendiri. Agenda yang mampu melenyapkan nama kumpulan 6ixth Sense dari persada seni.
Ketahui kisah suka duka kumpulan 6ixth Sense dalam novel muzikal, Tak Bisa Memilihmu.
TAJUK : DEAR YAYAH 4
PENULIS : FARIHAH ISKANDAR
HARGA: RM12 (including postage)
STATUS : SOLD
SINOPSIS:
Kali ini, Jihan dah tamat sekolah. Macam mana agaknya hidup Jihan di rumah tanpa teman-teman yang menemaninya selama 5 tahun. Apa keputusan SPM Jihan dan kawan-kawannya? Berdebar-debar pula rasanya...
so mesti ada yang berminat kan? jangan segan-segan, just comment or contact us at email, purplemusicz_lieya@yahoo.com or korang boleh ke page facebook kami, (lihat di sidebar) untuk sebarang update dan request. Jangan lupa untuk like sekali ya :)
No comments:
Post a Comment